Ahad, 17 Januari 2021

RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA

Bernama
RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA
Aminuddin berbual bersama Dr Adham sebelum melawat PKRC di Taman 
MAEPS, Serdang, 16 Jan, 2021. --fotoBERNAMA
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM45 juta dari Tabung COVID-19 telah diagihkan kepada waris keluarga yang meninggal dunia akibat pandemik itu dan mereka yang terjejas pendapatan berikutan wabak itu.
 
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.
 
Beliau berkata, sebelum ini jumlah terkumpul tabung tersebut sebanyak RM45 juta telah pun diagihkan.
"Mereka yang layak menerima sumbangan ini telah pun disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ia diserahkan kepada NADMA untuk tindakan susulan. Setakat ini, kita masih ada baki sumbangan RM5 juta dari tahun lepas," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 di Serdang, dekat sini, semalam.-- BERNAMA

Tiada ulasan: