Adie Sufian Zulkefli
Pemandu
dan penumpang kenderaan dari kawasan dikenakan PKP yang
tidak mempunyai
surat kebenaran rentas negeri akan diarah berpatah balik
dan dikenakan
kompaun serta-merta sebaik memasuki Plaza Tol Alor
Setar Utara. -Astro
AWANI
ALOR SETAR:
Pemandu dan penumpang kenderaan dari kawasan dikenakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri
akan diarah berpatah balik dan dikenakan kompaun serta-merta sebaik
memasuki Plaza Tol Alor Setar Utara.
Arahan
itu diberikan Polis Kedah terhadap individu yang cuba memasuki negeri
ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula
dilaksanakan pada Rabu.
Menurut
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat
Akhir, tindakan tegas ini terpaksa dilakukan pihaknya setelah mengambil
pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPD) serta PKP tahun
lalu di mana ramai di antara mereka yang datang ataupun pulang membawa
virus COVID-19.
"Bagi mana-mana individu yang tidak mempunyai kebenaran untuk merentas negeri, tindakan tegas arahan patah balik akan diambil.
"Walaupun arahan patah balik diambil, kesalahan tetap berlaku dan mereka akan dikenakan kompaun," kata Ahmad Shukri.
Terdahulu Ahmad Shukri melakukan tinjauan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Alor Setar Utara, malam tadi.
Katanya,
sepanjang PKPB, pihaknya telah mengaktifkan tiga SJR di laluan Plaza
Tol Alor Setar Selatan, Plaza Tol Alor Setar Utara dan di laluan masuk
melalui Kepala Batas.
Dalam pada itu beliau memaklumkan cuti semua pegawai dan anggotanya dibekukan untuk tempoh PKPB ini.
Isnin
lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri iaitu Pulau Pinang,
Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya),
Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari berkuat kuasa tengah malam tadi.
Manakala
enam negeri lagi -- Pahang, Perak, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan
dan Kelantan -- dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
berikutan penularan kes COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan