Hasimi Muhamad
Waktu operasi kedai dobi layan diri bermula dari 6 pagi sehingga 8
malam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kedai dobi layan diri beroperasi
di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun,
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
pemilik perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk
menempatkan pekerja untuk mengawal selia premis berkenaan.
Katanya, waktu operasi kedai dobi layan diri bermula dari 6 pagi sehingga 8 malam.
"Kita
amat memahami tentang keperluan. Ramai yang mengadu terutamanya
golongan bujang yang mengatakan mereka sangat memerlukan dobi layan diri
kerana tiada siapa yang membasuh pakaian.
"Jadi,
mereka pergi kedai dobi layan diri, sekarang pun musim hujan dan kedai
dobi layan diri boleh mengeringkan pakaian, jadi sangat diperlukan.
"Alasan
kita (untuk tidak benarkan kedai dobi layan diri beroperasi sebelum
ini) adalah kerana tiada pengawalan. Jadi kita takut pelanggaran SOP dan
akhirnya berlaku penyebaran virus COVID-19.
"Setelah
meneliti permohonan dan rungutan, akhirnya hari ini kita bersetuju dobi
layan diri beroperasi," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Mengulas
lanjut, Ismail Sabri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan sentiasa memantau operasi kedai
tersebut.
Tegasnya, jika terdapat mana-mana pemilik premis yang ingkar arahan yang ditetapkan, operasi kedai tersebut akan dihentikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan