Munirah Mudzamli
Keadaan di sekitar tebingan Kuching (waterfront) yang dirakam pengguna
media sosial pada Khamis. - Foto: media sosial
KUCHING:
Fenomena air pasang besar yang mencecah sehingga 6.1 meter bermula jam
05.20 pagi tadi menyebabkan banyak kawasan di Daerah Kuching, Bau,
Samarahan dan Serian terus dinaiki air.
Menurut
laporan terkini Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak,
sehingga jam 8 pagi ini, sejumlah 48 pusat pemindahan sementara (PPS)
sedang beroperasi di seluruh negeri, melibatkan 1,127 keluarga dan 4,222
mangsa.
Daripada jumlah berkenaan, 30 PPS adalah di Bahagian Kuching, yang menempatkan 722 keluarga dan 2,865 mangsa.
Bahagian
Samarahan pula menempatkan 105 keluarga dan 314 mangsa di empat pusat
pemindahan. manakala Bahagian Serian merekodkan 1,014 mangsa daripada
296 keluarga di sembilan pusat pemindahan.
Di Miri kekal dengan dua pusat pemindahan untuk menempatkan empat keluarga dan 29 mangsa.
Sementara
itu, menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi
Ardimansyah, setakat ini pihaknya telah mengendalikan urusan pemindahan
dan menyelamat 1,049 mangsa di seluruh negeri, termasuk lapan orang
kelainan upaya (OKU) dan 29 bayi dan 255 kanak-kanak.
Gerak
kerja pemindahan ini katanya, dilaksanakan sembilan balai bomba dan
penyelamat di seluruh negeri, dengan yang paling aktif ialah Balai Bomba
dan Penyelamat Bau, Petra Jaya dan Batu Lintang.
“Pada masa yang sama, terdapat lima kes tanah runtuh dilaporkan,
"Melibatkan
lokasi Rumah Panjang Panggil Atas (Sri Aman); Lorong Gersik 3
(Kuching); Paya Mebi (Padawan); Grogo (Bau) dan Rumah Cuat Sungai Ribong
(Sarikei)," tambahnya.
Fenomena air pasang besar hari juga akan dijangka berlaku di Kuching pada jam 7.01 malam nanti, dan di Miri jam 11.52 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan