MALAYSIAKINI
Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan bahawa perdana menteri Muhyiddin Yassin sedang menjalani rawatan akibat penyakit kanser.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri menyifatkan khabar angin itu berniat jahat.
"Khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami oleh beliau adalah tidak benar dan berniat jahat.
"Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh paka-pakar perubatan yang merawat beliau.
"Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar," kata kenyataan itu.
Terdahulu tular di media sosial mengenai dakwaan anggota parlimen Pagoh itu sedang sakit akibat kanser dan menjalani rawatan di Singapura.
Beberapa media tempatan sebelum ini melaporkan spekulasi pelantikan timbalan perdana menteri dari kalangan pemimpin Umno, dengan antara nama yang dikaitkan ialah Hishammuddin Hussein dan Ismail Sabri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan