KUALA LUMPUR – Pada ketika seluruh negera menunggu pengumuman Perdana Menteri pada Isnin, Sinchew Daily melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengetatkan kawalan di beberapa negeri.
Akhbar itu melaporkan, larangan rentas negeri, makan di kedai, dan maksimum satu atau dua orang keluar rumah akan dikuat kuasa semula.
Sementara itu, China Press melaporkan, kawalan ala “PKP 2.0” itu akan bermula di lima negeri iaitu Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Melaka dan tiga Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sumber berkata, larangan tersebut dijangka mengambil tempat selama dua minggu sebelum diteliti semula.
Dalam pada itu, prosedur operasi standard (SOP) untuk sektor perkhidmatan dan perkilangan sedang disediakan supaya dapat mewujudkan keseimbangan antara kawalan penyakit dan keberlangsungan ekonomi.
Kementerian Pendidikan dilaporkan akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai sesi persekolahan selepas pengumuman kerajaan.
Antara isu yang mencuri tumpuan adalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual mengambil tempat dari 22 Februari hingga 25 Mac. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan