Bernama
Hospital
berkenaan yang terletak di Dewan B akan menyediakan fasiliti yang
sama
di hospital lain seperti peralatan tekanan darah. - Bernama
KUALA LUMPUR:
Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang,
dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit
COVID-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum mereka
dihantar mendapatkan rawatan rapi ke hospital.
Menteri
Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata strategi itu bertujuan
merawat kes-kes pesakit COVID-19 dari Pusat Kuarantin dan Rawatan
COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 kategori satu dan dua yang
tiba-tiba ke kategori tiga atau empat dan lima.
Beliau
berkata hospital berkenaan yang terletak di Dewan B akan menyediakan
fasiliti yang sama di hospital lain seperti peralatan tekanan darah dan negative pressure tent dengan
menempatkan 30 katil bagi kategori tiga dan empat manakala di luar
dewan sebuah khemah untuk transit Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 10
katil.
"Kementerian Kesihatan (KKM) juga
akan meningkatkan jumlah petugas di sini termasuk pakar penyakit
berjangkit dan intensif yang boleh mengendalikan kes COVID yang lebih
kompleks dan melibatkan rawatan rapi," katanya pada sidang media selepas
mengadakan lawatan ke PKRC MAEPS 2.0 di sini, hari ini.
Mengulas
lanjut Dr Adham berkata PKRC MAEPS 2.0 yang beroperasi sejak 9 Dis lalu
akan mula menempatkan 10,000 pesakit COVID-19 kategori satu dan dua
bermula 18 Jan ini.
"Saya telah meninjau
tempat baharu yang hendak diisi dan tempatnya adalah kondusif kerana
persiapan begitu teliti dan rapi termasuk juga tempat khas untuk
keluarga yang positif COVID-19.
"PKRC
MAEPS 2.0 juga akan menerima pesakit COVID-19 kategori satu dan dua yang
telah sembuh daripada kategori tiga, empat dan lima yang dirawat di
hospital COVID-19 selain pesakit dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
dan Lembah Klang," katanya.
Sementara
itu, mengenai rawatan di rumah sekiranya ada yang positif COVID-19, Dr
Adham berkata, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) akan ditubuhkan di setiap
daerah seluruh negeri dengan keb
enaran dan penilaian daripada pegawai
kesihatan daerah.
"Mereka yang
asimptomatik dan mempunyai tempat untuk diasingkan di dalam rumah akan
dipertimbangkan. Sekiranya datang dari rumah sempit dan sesak serta
mempunyai penyakit sampingan, kami tidak benarkan dan perlu ke
hospital," katanya.
Mengenai perkembangan
vaksin, Dr Adham berkata KKM telah menerima senarai nama 500,000
petugas barisan hadapan daripada kementerian itu yang akan divaksinkan
bagi fasa pertama bulan depan.
Dalam
perkembangan lain menjawab dakwaan Skim Perlindungan MySalam
dimansuhkan, Dr Adham berkata skim tersebut masih diteruskan termasuk
kaunter MySalam masih beroperasi di setiap hospital bagi membantu
pesakit yang layak mendapatkan bantuan skim tersebut.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan