Astro Awani
Dalam hanya tempoh sembilan hari, Malaysia sudah mencatatkan 71 kes kematian
akibat COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan
kebimbangan susulan peningkatan mendadak kes kematian baharu COVID-19
dalam negara.
Ia berikutan, katanya, dalam hanya tempoh sembilan hari, Malaysia sudah mencatatkan 71 kes kematian akibat virus itu.
"Untuk sembilan bulan pertama pada tahun 2020, jumlah kes kematian adalah kurang daripada 100 kes.
"Pada tahun ini, dalam tempoh sembilan hari kita sudah mencatatkan sebanyak 71 kes kematian COVID-19.
"Kita
amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah SWT lindungi kita
semua," katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya pada Ahad.
Malah, kata Dr Noor Hisham lagi, bukan mudah bagi petugas untuk menguruskan jenazah COVID-19.
"Mereka
terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam panas terik
sehingga liang lahad dan tamat pengebumian," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan