PETALING JAYA: Dewan Rakyat meluluskan usul yang menamatkan sidang mesyuarat pada 1 tengah hari mulai hari ini, susulan kenyataan mengatakan kakitangan positif Covid-19.
Usul memendekkan sidang Dewan Rakyat itu dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, hari ini. Pemendekkan itu mendapat persetujuan semua ketua whip dalam pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Negara, Azhar Azizan Harun semalam.
Azhar turut menjelaskan beberapa kekeliruan dalam kalangan ahli Parlimen berhubung kenyataan kelmarin, mengatakan kakitangan Dewan Negara disahkan positif.
Katanya, kakitangan berkenaan bukanlah kakitangan Dewan Negara tetapi kakitangan seorang senator. Semalam, Senator Ras Adiba Radzi mengesahkan seorang pegawai khasnya disahkan positif dan sedang dirawat.
Katanya, pegawai itu tidak datang ke Parlimen setiap hari, “berkemungkinan untuk hadir ke sesi pembentangan Belanjawan 2021”.
Sementara itu, seorang polis bantuan yang dikatakan positif juga tidak bertugas di Parlimen.
Azhar juga berkata Parlimen akan melihat kepada mensanitasi pejabat wakil rakyat yang dikongsi pegawai senator itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan