Astro Awani
Tegas
Lam Thye, isu air perlu ditangani dengan berkesan selain meminta
masyarakat mengambil berat perkara berkenaan. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor dicadang mengadakan pengurusan sumber air berkesan untuk mengelakkan isu pencemaran di negeri itu berulang.
Pengerusi
Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia memerlukan
pendekatan holistik sumber air selain menyerahkan isu berkaitan sabotaj
air kepada pihak berkuasa.
"Saya
ada mengikuti perbahasan DUN Selangor, exco menyatakan secara terbuka
bahawa kemungkinan itu besar, gangguan air disebabkan oleh orang
tertentu yang mungkin ingin melakukan sabotaj dan sebagainya.
"Paling penting perkara seperti ini disiasat polis," katanya semasa sidang Skype di sini, pada Jumaat.
Prsiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader sebelum ini
meminta kerajaan meminda undang-undang berkaitan pencemaran alam
sekitar bagi mengenakan hukuman berat terhadap pesalah yang melakukan
perbuatan itu, terutama yang berkaitan pembekalan air.
Jelasnya,
perbuatan mencemarkan alam sekitar dan bekalan air adalah sama seperti
melakukan kesalahan jenayah meracuni penduduk dan menyebabkan
ketidakselesaan kepada mereka yang terjejas.
Dalam
pada itu tegas Lam Thye, isu air perlu ditangani dengan berkesan selain
meminta masyarakat mengambil berat perkara berkenaan.
Pakar
sistem air yang juga Penolong Setiausaha Kehormat Sahabat Sungai
Malaysia, Mansor Abdul Ghani menegaskan, belum ada keperluan untuk
Malaysia mempunyai bekalan air kitar semula atau 'new water' seperti
yang dilakukan Singapura.
Sebaliknya, apa
yang diperlukan ketika ini ialah penambahbaikan sistem pengurusan
bekalan air bagi memastikan pengagihan air yang sekata.
Ia sekali gus dapat merungkai masalah air yang sering melanda, terutama di Lembah Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan