Rabu, 11 November 2020

Imigresen sedia pertimbang kebenaran masuk pembantu rumah asing

Wartawan MalaysiaGazette
MGF19072019_SIDANG-MEDIA-KP-IMIGRESEN-PEMALSUAN-COP-IMIGRESEN09
Khairul Dzaimee Daud

KUALA LUMPUR – Majikan yang mempunyai Pembantu Rumah Asing (PRA) yang terkandas di luar negara dan mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh memohon rayuan untuk dipertimbangkan kebenaran masuk melalui sistem MyTaravel Pass (MTP).

Buat masa ini sekatan masuk kepada semua warga asing termasuk PRA dari Indonesia dan Filipina yang dilakukan adalah sebagai langkah mengekang penularan pandemik Covid-19 selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, semua majikan yang memohon bagi kemudahan rayuan itu akan dipertimbangkan mengikut kes.

Menurutnya, majikan perlu mematuhi semua syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan langkah-langkah pencegahan penularan pandemik Covid-19 seperti melakukan ujian saringan dan kuarantin 14 hari serta menanggung kos kuarantin tersebut.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan isu yang sama, majikan boleh ajukan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di pautan http://eapp.imi.gov.my/spo. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: