BATU PAHAT: Selepas Muar, daerah Batu Pahat pula dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat dalam tempoh lebih dua jam.
Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Batu Pahat, Leftenan Mohd. Faezie Abdul Aziz, keadaan masih mendung dan setakat ini tiada pusat pemindahan yang dibuka.
“Hujan lebat menyebabkan limpahan air dari saliran dan agensi berkaitan masih memantau keadaan dan cuaca dari semasa ke semasa termasuk di tempat-tempat rendah yang berisiko.
“Nasihat kepada orang awam dan jika berlaku banjir segera menghubungi agensi terlibat dan hasil pemantauan di Taman Tasik Y, Jalan Kluang-Batu Pahat dan Taman Kenangan menunjukkan air surut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan