Selasa, 10 November 2020

3 termasuk Datuk direman kes rasuah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi

Muhammad Azizul Osman
IMG_20201110_121644-e1604983037511
Salah seorang daripada tiga suspek yang direman bagi siasatan kes rasuah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan reman selama lima hari terhadap tiga lelaki bersabit kes siasatan bayaran wang rasuah bernilai jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi.

Salah seorang daripada tiga lelaki tersebut ialah individu berpangkat Datuk.

Tarikh reman ke atas ketiga-tiga suspek bermula hari ini sehingga 14 November depan dibacakan Majistret, Shah Wira Abdul Halim di hadapan kesemua suspek.

Ketiga-tiga mereka disiasat atas dakwaan memberikan rasuah kepada pegawai-pegawai syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Malaysia bagi mendapatkan nombor-nombor pelanggan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut.

Ia bertujuan digunakan oleh sindiket penipuan pembekal kandungan yang mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan dari pelanggan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: