Selasa, 10 November 2020

2 terperangkap tanah runtuh di Tambun

Balqis Jazimah Zahari
 
DUA mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Banjaran Hot Spring, Tambun di Ipoh. FOTO IHSAN BOMBA

Ipoh: Dua mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah resort di Tambun, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.28 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menimpa sebuah villa dan dipercayai terdapat dua mangsa terperangkap dalam runtuhan berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, pagi ini.

Katanya, bomba menggerakkan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa dan usaha mengeluarkan mereka sedang giat dijalankan.

"Pusat gerakan operasi akan memberi maklumat terkini dan mutakhir dari semasa ke semasa," katanya.

Tiada ulasan: