KENINGAU: Dua beradik berusia empat dan enam tahun hilang selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu bapa mereka dihanyutkan air sungai yang naik mendadak, ketika melalui jambatan di Kampung Dangulad, di sini tengah malam tadi.
Difahamkan tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. Bapa mereka bagaimanapun, berjaya menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran, berkata pihaknya yang menerima panggilan jam 12.08 bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Bomba menemui kenderaan dinaiki itu tidak jauh dari lokasi kejadian namun mangsa belum ditemui.
"Operasi SAR ditangguh jam 1.30 pagi dan akan disambung semula," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan