KUALA
LUMPUR – Pengacara dan pelakon popular, Neelofa mengakui dia menerima
banyak pertanyaan mengenai bentuk keningnya selepas berniqab.
Menjelaskan
isu tersebut, wanita berusia 31 tahun itu berkata, bentuk keningnya
kini adalah asli kerana dia sudah lama tidak mencukur atau mencabut bulu
keningnya.
“Saya sudah lama tak cukur kening, jadi
biarkan saja dia macam ini, untuk mereka yang tertanya saya cukur kening
ke tidak? Kening memang tak dicukur dan tak dicabut,” tulisnya di Insta
Story miliknya.
Dalam pada masayang sama,
bekas pengacara MeleTOP ini turut memuat naik petikan hadis sahih
al-Bukhari berkaitan hukum mencabut bulu pada muka.
Hadis
itu bermaksud – Allah melaknati orang yang membuat tatu, yang meminta
dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta
dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk
kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.
Minggu lalu, Neelofa atau nama sebenarnya,
Noor Neelofa Mohd. Noor mengejutkan dunia seni apabila mengumumkan
keputusannya untuk berniqab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan