Difahamkan, terdapat pelepasn air berwarna putih dari
kilang tersebut melalui saluran paip bawah tanah yang menuju ke Sungai
Balak.
Malah, siasatan JAS juga mendapati efluen mentah dan
lelehan minyak hitam mengalir memasuki longkang kilang dan seterusnya
memasuki satu saluran paip bawah tanah yang mengalir ke Sungai Balak.
Ketua Pengarah JAS, Norlin Jaafar berkata, pihaknya
telah menjalankan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen
38(1)(a) yang mana operasi pengeluaran kilang diberhentikan serta merta
sehingga tindakan pembaikan diambil oleh pihak kilang.
“Pihak kilang juga diarahkan untuk melakukan kerja-kerja
penutupan saluran haram ke Sungai Balak dan menjalankan kerja-kerja
pembersihan sungai yang telah tercemar,” katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Menurut Norlin, tiga sampel telah diambil dan dihantar
ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM), dengan keputusan analisis kimia
dijangka diperolehi dalam masa terdekat.
Jelasnya, Perintah Larangan (PL) di bawah Peraturan 30,
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009
oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar juga dikeluarkan bagi melarang
pengendalian proses perindustrian untuk satu tempoh sehingga
langkah-langkah pemulihan sepertimana diarahkan itu dipatuhi.
“Kertas siasatan juga telah dibuka untuk pendakwaan di
mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 25 (1) dan
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009,
Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,” katanya.
Tambahnya, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menjadi
mata dan telinga JAS dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan
alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
Rabu lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor,
Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan laporan berhubung pencemaran air di alur
sungai di di Jalan KB1/9, Kampung Baru Balakong, Seri Kembangan daripada
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). -SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan