Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini membuat satu ciapan di akaun twitter miliknya menjelaskan bahawa sokongannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dipetik dari konteks yang salah.

Menurut Annuar lagi, perkara itu sudah lama berlalu iaitu pada tahun 2018 dan ketika itu beliau masih lagi di bangku pembangkang.
 
Jika dibaca laporan penuh artikel terbabit, ia memberi maksud yang berlainan, tambah beliau lagi.

“Rasanya petikan kata kata saya telah di ambil dlm konteks yg salah..

“Petikan itu di buat 2018, ketika DSAI TM DAP adalah kerajaan, KITA PEMBANGKANG.

“Itu pun baca lapuran penuh artikel berkenaan dan fahami dlm kontek apa sy bercakap.” kata Annuar.

Tambah Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, tidak salah untuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi pandangan atau cadangan di dalam mensyuarat.

“Saya setuju, pemimpin beri pandangan TAK SALAH.” kata Annuar lagi dengan menyertakan tangkapan layar hantaran Najib di facebook semalam.

Sebelum ini ahli Umno kecoh apabila Najib yang popular dengan julukan Bossku mencadangkan Umno agar memberikan sokongan kepada Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sebagai perdana menteri menggantikan Tan Sri Muhyddin Yassin jika kemahuan Umno tidak dituruti.

Cadangan itu menyebabkan perbalahan di kalangan penyokong-penyokong pemimpin termasuk penyokong Najib dan Annuar.

Umno bagaimanapun tidak menerima cadangan Najib dan tetap dengan pendirian yang lama menolak kerjasama dengan DAP, Mahathir dan Anwar. – Cinca