Selasa, 27 Oktober 2020

7 Cara Halau Lalat Dari Rumah Yang Berkesan!

HARIAN METRO
 
lalat, lalat buah, perangkap lalat, cara halau lalat, telur lalat, perangkap lalat buah, gambar lalat, petua halau lalat, kitaran hidup lalat, lalat hijau, cara menghalau lalat, pelekat lalat
 
Jika anda selalu ada masalah dengan lalat di rumah, teruskan membaca untuk mengetahui cara halau lalat yang berkesan dan beberapa petua lama yang boleh digunakan untuk menghalau lalat.

Bila sebut je lalat, automatik kita akan fikir kotor dan jijik. Memang geram je kalau ada lalat dekat dapur, cukup seekor je dah buat rasa tak tenang.

Nak-nak pula ada bau yang menggoda macam belacan, ikan kering, budu, atau yang sewaktu dengannya.

Dalam sekelip mata je daripada seekor boleh jadi 10 ekor datang menghurung. Musykil kan sensor apa lalat ni pakai untuk berkomunikasi dan panggil kawan-kawan dia datang sekali.

Bayangkan tengah syok-syok masak, tiba-tiba berkerumun datang lalat masuk dapur, duk hurung lauk-pauk semua. Mesti potong stim kan?

Risau je kalau lalat tu hinggap pastu bertelur kat mana-mana dan kita pula tak nampak. Kalau termakan telur lalat tu, jawabnya memang sakit perut lah kan.

Jangankan kat rumah, kalau kita masuk kedai makan yang banyak lalat pun mesti pusing balik keluar pergi cari kedai lain. Betul tak? Bukan apa, takut dapat penyakit pulak nanti.

Ya, kami tahu anda dah tak sabar nak tahu apakah cara menghalau lalat yang berkesan tu. Tapi, sebelum kita masuk ke topik nak menghalau lalat, jom kita berkenalan dulu dengan mereka!

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lalat?

Lalat ni sejenis serangga terbang yang memang mengganggu kehidupan seharian kita. Dah lah bila kita nak pukul tu memang jarang sangat nak kena, cepat betul dia terbang lari.

Rumah kalau dah ada lalat, memang rasa cam semua benda lalat tu hinggap dah kotor.

Sebabnya, lalat ni bukan berterbangan di udara je, tapi kat tong sampah, dalam longkang, atas bangkai dan macam-macam lah lagi, semuanya diorang nak hinggap.

Kat Malaysia ni, ada beberapa jenis lalat yang kita boleh jumpa. Kami sertakan nama siap dengan gambar lalat sekali:

1) Lalat Rumah

Lalat ni yang selalu kita nampak kat dalam atau sekeliling rumah. Warna dia hitam dan ada empat garis gelap memanjang di bahagian atas badan.

Lalat rumah ni boleh dikatakan yang paling banyak lah dalam dunia ni. Kalau siapa yang tak pernah nampak tu, memang pelik amat!

2) Lalat Buah

lalat, lalat buah, perangkap lalat, cara halau lalat, telur lalat, perangkap lalat buah, gambar lalat, petua halau lalat, kitaran hidup lalat, lalat hijau, cara menghalau lalat, pelekat lalat

Lalat ni dapat nama sebegitu sebab memang kerjanya menyerang buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka suka.

Siapa yang berniaga memang kena hati-hati dengan lalat buah ni. Silap hari bulan habis semua buah atau sayur tak boleh nak jual. Rugi tau tak?

3) Lalat Hijau (Langau)

Selalunya lalat ni orang panggil langau atau langau hijau. Saiznya lagi besar daripada lalat biasa dan warnanya hijau berkilat.

Bunyi dengung dia pun lagi kuat daripada lalat rumah. Lalat hijau ni selalu ada kat tong sampah luar rumah.

4) Lalat Daging

lalat, lalat buah, perangkap lalat, cara halau lalat, telur lalat, perangkap lalat buah, gambar lalat, petua halau lalat, kitaran hidup lalat, lalat hijau, cara menghalau lalat, pelekat lalat

Lalat ni seperti namanya, adalah sejenis lalat yang memakan daging. Abdomennya berjalur hitam dan kelabu. Saiznya pula lebih kecil jika dibandingkan dengan langau.

5) Lalat Kandang

 lalat, lalat buah, perangkap lalat, cara halau lalat, telur lalat, perangkap lalat buah, gambar lalat, petua halau lalat, kitaran hidup lalat, lalat hijau, cara menghalau lalat, pelekat lalat

Lalat ni selalu ada di kawasan penternakan macam kandang ayam. Berbeza dengan lalat yang lain, mulut lalat kandang ni lebih tajam dan boleh menghisap darah haiwan dan juga manusia.

Penternak kena memastikan yang lalat ni tak mengerumuni haiwan sebab ia boleh menyebabkan haiwan ternakan anemia dan lemah.

Okay, kalau nak tahu lebih lagi pasal lalat, ada beberapa fakta tentang lalat rumah, seperti yang disediakan oleh Rentokil:

  • Boleh membiak dengan cepat
  • Waktu hidup yang singkat
  • Ada sepasang sayap
  • Tak ada gigi
  • Aktif di siang hari
  • Ada makanan kesukaan tersendiri
  • Ada tempat istirahat yang disukai
  • Boleh melihat apa yang ada dibelakangnya
  • Selalunya membiak di tempat yang kotor
  • Boleh mengotorkan dan mengkontaminasikan makanan

Kitaran Hidup Lalat

Kalau nak tahu kita ada masalah lalat ke tak, kenalah kenal kitaran hidupnya dulu.

Lalat yang dewasa tu semua orang pun tahu bentuknya, tapi macam mana pula rupa telur lalat dan anak lalat.

Haaa, nah kami sediakan kitaran tu kat bawah ni supaya anda boleh berjaga-jaga nanti.

lalat, lalat buah, perangkap lalat, cara halau lalat, telur lalat, perangkap lalat buah, gambar lalat, petua halau lalat, kitaran hidup lalat, lalat hijau, cara menghalau lalat, pelekat lalat

 Lalat Dah Kenal, Macam Mana Pula Nak Halaunya

Cara halau lalat memang ada bermacam-macam di luar sana. Paling senang memang sembur je racun serangga tu, gerenti mati terus semua.

Tapi, kalau tengah masak kat dapur atau tengah rehat di ruang tamu, takkan la nak sembur terus camtu. Dengan kita sekali terhidu bau racun tu nanti!

Antara cara yang anda boleh gunakan untuk menghalau atau menangkap lalat adalah:

1) Perangkap lalat

lalat, lalat buah, perangkap lalat, cara halau lalat, telur lalat, perangkap lalat buah, gambar lalat, petua halau lalat, kitaran hidup lalat, lalat hijau, cara menghalau lalat, pelekat lalat

Perangkap lalat ni datang dalam pelbagai rupa. Yang biasa kita tengok dekat kedai tu, ada tergantung dekat siling dan menggunakan elektrik.

Perangkap tu ada lampu biru yang membuatkan lalat tertarik untuk pergi ke situ, dan bila lalat pergi je mereka akan di bunuh oleh kejutan elektrik.

Ada juga yang menggunakan jenis bekas yang menarik lalat menggunakan bau makanan, dan bila lalat masuk je mereka tak akan dapat keluar lagi.

Perangkap lalat buah pun menggunakan bekas juga tapi untuk memerangkap lalat buah jantan. Perangkap ni mengandungi feremon yang berfungsi untuk menarik lalat jantan untuk masuk ke dalam bekas.

2) Pelekat lalat

lalat, lalat buah, perangkap lalat, cara halau lalat, telur lalat, perangkap lalat buah, gambar lalat, petua halau lalat, kitaran hidup lalat, lalat hijau, cara menghalau lalat, pelekat lalat

Pelekat ni menggunakan gam yang sangat kuat jadi bila lalat hinggap, mereka tak boleh lari terbang lagi. Ada yang sapu je gam tu pada kertas dan letakkan pada tempat yang lalat selalu datang.

Selain tu, ada juga yang gunakan pelekat yang siap sedia digunakan. Anda hanya perlu membuka perangkap yang memang dah ada gam dan letakkan di mana yang anda rasa selalu nampak lalat.

Pelekat ni pun berguna untuk cicak juga, boleh lah korang settle 2 jenis perosak kat rumah!

3) Pemukul lalat

Selalunya pemukul lalat ni orang guna yang plastik tu. Nampak je lalat, terus siap sedia tunggu dia hinggap mana-mana dan ‘pap’ terus tepuk lalat tu dengan pemukul.

Kalau kena puas hati, tapi kalau tak kena sakit hati!

lalat, lalat buah, perangkap lalat, cara halau lalat, telur lalat, perangkap lalat buah, gambar lalat, petua halau lalat, kitaran hidup lalat, lalat hijau, cara menghalau lalat, pelekat lalat

Bagaimanapun, sekarang dah ada pemukul yang jenis boleh cas. Bentuknya macam raket badminton dan jaring-jaring tu bila dihidupkan akan ada eletrik.

Bila nampak je lalat terbang, terus pukul je lalat tu, dan mereka akan terus mati sebab kena eletrik.

Selalunya bila lalat ni dah selalu kena perangkap, mereka takkan datang lagi lah. Lalat pun pandai serik juga!

Tapi, kalau anda rasa macam tak sampai hati nak bunuh lalat, boleh lah gunakan juga petua halau lalat yang menggunakan bahan semulajadi. Ni semua daripada zaman tok nenek moyang kita dulu-dulu.

 Antara Petua Untuk Menghalau Lalat

1) Limau Purut & Cengkih

Ni sama macam petua untuk menghalau nyamuk dari rumah. Potongkan limau purut kepada 2 bahagian dan cucukkan cengkih pada limau tersebut. Letakkan di atas meja makan atau tempat banyak lalat.

2) Serai Wangi

Banyak seranggan termasuk juga lalat memang alah dengan bau serai wangi ni. Kalau dapat tanam pokok serai wangi ni kat kawasan luar rumah lagi bagus.

Tapi, kalau tak dapat tanam, boleh je beli serai wangi dan buatkan air serai wangi organik.

Caranya, kisar kering segenggam serai wangi yang dah dibasuh dan campukan dengan secawan air. Biarkan semalaman sebelum ditapis dan masukkan air tapisan ke dalam botol spray.

Sembur je pada pintu, tingkap, meja atau mana-mana tempat yang anda tak nak lalat datang dekat.

3) Hirisan Timun

Tak sangka timun ni rupanya dibenci oleh lalat. Kalau tak nak lalat bertelur dalam tong sampah, letakkan beberapa hirisan timun di atas, di dalam atau di sekitar tong sampah.

Nak letak hirisan timun atas meja, atau tepi tingkap dan pintu pun boleh juga untuk menghalang lalat daripada masuk menghurung.

4) Kulit Kayu Manis

Tumbukkan kulit kayu manis dan gunakan sebagai pewangi di dalam rumah. Bau daripada kayu manis ni akan menghalau lalat yang ada.

5) Daun Kari

Lalat juga tak suka dengan bau yang datang daripada daun kari. Anda hanya perlu ambil secekak daun kari dan rendamkan dalam air.

6) Lilin

Petua halau lalat guna lilin ni selalu nampak di kedai makan. Bila lilin dinyalakan, haba tu yang akan membuatkan lalat lari.

7) Gantung Air Dalam Plastik

lalat, lalat buah, perangkap lalat, cara halau lalat, telur lalat, perangkap lalat buah, gambar lalat, petua halau lalat, kitaran hidup lalat, lalat hijau, cara menghalau lalat, pelekat lalat

Cara ni katanya boleh mengganggu penglihatan lalat. Admin pun pelik baca tentang petua ni!

Masukkan air ke dalam bekas plastik jernih dan gantungkan pada tempat banyak lalat, atau di pintu dan tingkap untuk mengelakkan lalat daripada masuk. Ada juga yang meletakkan duit syiling untuk menambahkan silau.

Sangatlah penting untuk anda cuba menghalau lalat yang ada di rumah kerana ianya boleh membawa penyakit kepada anda dan juga keluarga. Semoga cara halau lalat di atas dapat membantu anda.

PropertyGuru Tip
Cara Pengawalan Lalat Oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ):
  • Bahan-bahan buangan harus dibungkus sebelum dibuang
  • Tong sampah harus dibersihkan dan sentiasa ditutup rapat
  • Makanan harus dikawal daripada dicemari oleh lalat dengan menutup atau menyimpan di dalam almari
  • Gunakan lilin yang menyala atau alat pembunuh elektirk agar lalat tidak hinggap di atas makanan yang terdedah.
  • Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tempat penghidangan makanan
  • Memastikan pembuangan sampah dilakukan dengan sempurna
  • Lalat-lalat dewasa harus dibunuh dengan semburan racun serangga
  • Mengadakan kempen-kempen kebersihan
  • Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berhubung kebersihan yang tidak memuaskan. Contohnya sampah yang tidak diangkut.

Tiada ulasan: