Jumaat, 30 Oktober 2020

Tujuh ekor lembu dipanah petir

 SUARA MERDEKA

SEORANG penternak lembu di Kuala Nerus, Terengganu kerugian kira-kira RM20,000 apabila tujuh ekoran lembunya mati dipanah petir.

Ahmad Husin, 82, berkata, luluh hati saya melihat tujuh lembu kesayangan mati di bawah pokok .

Menurut beliau, Kejadian berlaku pada pukul 4.30 petang semalam dan dia hanya menyedari lembunya mati dipanah petir pada 6.30 petang selepas diberitahu seorang penduduk.

“Saya memang sedang mencari lembu untuk dikurung di dalam kandang, namun tidak menemuinya.

“Kehilangan lembu itu terjawab selepas seorang penduduk memaklumkan melihat beberapa lembu mati di bawah pokok dipercayai kerana dipanah petir.

“Pada mulanya saya seperti tidak percaya lembu dipanah petir sambil berharap ia selamat, namun sebaik sampai di tempat kejadian, saya terkedu apabila melihat tujuh lembu mati bergelimpangan,” katanya lapor Harian Metro.

Beliau berkata, dia menternak lembu sejak lebih 30 tahun lalu dan pertama kali mengalami kejadian berkenaan.

Katanya, ribut serta petir berlaku pada 4.30 dan dia tidak menyangka ia meragut nyawa ternakannya.

“Baki dua lembu terselamat daripada kejadian itu akan dijual kepada penternak lain.

“Cukuplah setakat ini sahaja saya menternak lembu. Saya reda dengan takdir ini,” katanya.

Tiada ulasan: