Bernama
Seorang anggota Rela yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa. - Gambar hiasan
BACHOK:
Seorang kanak-kanak Muhammad Danish Aidil Mohd Hasrol, 6, ditemukan
lemas di dalam tali air di Taman Bator Harmoni, Seneng, Jelawat, Bachok,
pukul 3.20 petang semalam.
Ketua
Polis Daerah Bachok DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, sebelum itu
mangsa dilaporkan sedang bermain bersama dua rakan sebaya berhampiran
tali air berkenaan.
"Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tali air sebelum lemas," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau
berkata, seorang anggota Rela yang kebetulan berada tidak jauh dari
tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa, namun disahkan meninggal
dunia di Klinik Kesihatan Gunong di sini.
Katanya,
mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II,
Kota Bharu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan