GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mempersoalkan “kelulusan” bagi pembinaan lapangan terbang Kulim (KXP) bernilai RM6.8 bilion, sedangkan Putrajaya berkata tiada lapangan terbang baharu akan dibina sementara menunggu suatu kajian selesai menjelang 2023.
Ia berikutan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan ia mendapat kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dan meminta Putrajaya memberi pinjaman RM2.5 bilion untuk membina KXP.
MPFN badan perancangan bandar persekutuan yang mengawasi projek berskala besar mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa.
Hari ini, Chow berkata MPFN hanyalah badan penasihat.
Beliau berkata badan berkenaan yang 18 “nasihat” semasa meluluskan Tebus Guna Selatan Pulau Pinang (PSR) atau projek 3 pulau pada April tahun lepas, yang masih belum bermula.
“Kelulusan? Saya tidak tahu sama ada ia perkataan betul untuk digunakan.
“MPFN hanya beri nasihat yang kamu mesti patuhi untuk melancarkan sesuatu projek. Saya fikir dalam kes lapangan terbang Kulim yang dicadangkan itu, samalah, iaitu hanya beri nasihat,” katanya.
Chow berkata Kementerian Pengangkutan dan perdana menteri harus menjelaskan sama ada KXP diluluskan.
Chow ada menghadirkan diri di mesyuarat MPFN yang mana keputusan mengenai KXP dibuat pada awal minggu ini.
Katanya, Kementerian Pengangkutan mengatakan kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) perlu siap sebelum mana-mana lapangan terbang boleh dibina.
NASP dijangka akan disiap pada 2023.
Pada Selasa, Sanusi berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, ketika mempengerusikan MPFN, meluluskan projek KXP.
Beliau berkata kerajaan negeri meminta pinjaman persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulakan projek berkenaan, atau ia menggunakan syarikat swasta.
Lapangan terbang Kulim dicadangkan bekas menteri besar Mukhriz Mahathir. Pada permulaannya, kos pembinaan lapangan terbang berkenaan dijangkakan sebanyak RM6.8 bilion dan dijangka mengendalikan 15 juta penumpang setiap tahun.
Terdahulu dilaporkan lapangan terbang berkenaan akan ditempatkan di atas tanah pertanian di Sidam Kiri, 40km utara Kulim, berdekatan Sungai Petani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan