Umat Islam tetap terpinggir meskipun di bawah pemerintahan pemimpin Melayu
SELURUH rakyat Malaysia harus bersedia menghadapi kemungkinan ini. Namun kita juga mengharapkan, jika perlu diganti, biarlah pengganti beliau lebih soleh (integrity) dan lebih kuat (capability)
2. Semoga penggantinya nanti merupakan seorang pemimpin muslim berwibawa yang bukan boneka kepada mana-mana kuasa luar, taikun Cina pelobi politik ataupun parti cauvinis dan anti-Perlembagaan, DAP
3. Yang lebih ditakuti ialah pertukaran kerajaan akan meletakkan pemimpin rasis bukan Islam di tempat yang lebih strategik berbanding sebelum ini
4. Sejarah negara membuktikan di bawah pemerintahan pemimpin Melayu sekalipun, agama Islam dan umat Melayu tetap terpinggir di bumi sendiri umpama melukut di tepi gantang
5. Contohnya dalam arena politik, pemimpin Cina dan India dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri dengan jumlah yang ramai (terutama di bawah pimpinan kerajaan PH). Di bawah pimpinan Tun M sebagai PM ke-7, hanya 44 peratus ahli Parlimen PH beragama Islam
6. Dalam PRU14 yang lalu, DAP berjaya memenangi 41 daripada 46 kerusi parlimen yang ditandingi (89 peratus) berbanding PKR 67 peratus, BN 35 peratus dan PAS dengan hanya 11 peratus.
7. Dalam bidang ekonomi pula, 10 orang terkaya Malaysia bukanlah orang Melayu (kecuali Syed Mokhtar Bukhari). Laporan UNHDP pada tahun 2004 pula menunjukkan 10 peratus manusia terkaya di Malaysia menguasai 38.4 peratus pendapatan ekonomi negara berbanding 10 peratus manusia termiskin yang hanya mendapat 1.7 peratus.
8. Fenomena yang sama dapat dilihat dalam pemilikan saham di syarikat-syarikat yang tersenarai di BSKL dan pemilikan tanah di Malaysia. Bangsa Melayu hanya memiliki kurang 20 peratus saham berbanding bangsa Cina yang memiliki lebih 40 peratus.
9. Manakala dalam bidang pendidikan, sekolah vernakular terus dibenarkan hidup subur dan berkembang walaupun bertentangan dengan Perlembagaan
10. Dari segi pengamalan agama, statistik menunjukkan bilangan gereja dan kuil di Malaysia sebenarnya lebih banyak dari masjid jika dikira mengikut per kapita penganut agama. Malah agama minoriti lain diberikan ruang lebih luas untuk menegakkan syiar agama mereka contohnya patung gergasi Buddha di Kelantan dan patung Murugan di Batu Caves, Selangor
11. Jika Perdana Menteri baharu dan Kabinetnya nanti tidak mampu mengubah fakta dan statistik di atas, lebih baik kita kekalkan sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin!
(*) Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad- Pemerhati politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan