Jumaat, 30 Oktober 2020

Kerajaan Sabah beri RM 300 kepada setiap pekerja pelancongan

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Jafry Ariffin (3 dari kiri), memberi 
bantuan RM300 kepada seorang pekerja pelancongan yang terkesan dengan wabak.

KOTA KINABALU: Sebanyak 3,957 pekerja pelancongan yang pendapatannya terjejas akibat penularan Covid-19 akan menerima sebanyak RM300 setiap seorang daripada kerajaan Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Jafry Ariffin, berkata golongan berkenaan terdiri daripada malim gunung, porter, pemandu pelancong, dan penyelam.

Ia berikutan kementerian itu menerima lebih RM1 juta daripada RM160 juta Bantuan Prihatin Covid-19 yang diumumkan ketua menteri semalam.

“Ia bagi meringankan beban selepas punca pendapatan mereka terjejas akibat penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian dalam perjumpaan bersama ahli lembaga pengarah Taman Sabah selain beberapa wakil daripada persatuan malim gunung dan porter.

Selain itu, isu lain yang turut dibincang kebajikan kakitangan Taman Sabah dan usaha untuk menaik taraf prasarana pelancongan dalam negeri

Tiada ulasan: