Rabu, 28 Oktober 2020

Mayat lelaki reput ditemui sebelah Lebuhraya Kajang SILK

Mayat-681x454
Mayat yang tidak beridentiti dijumpai disemak samun bersebelahan Lebuhraya Kajang 
Silk pagi tadi. Foto : Ihsan IPD Kajang

KUALA LUMPUR – Polis menemui mayat seorang lelaki yang tidak dikenali dalam kawasan semak di Kajang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pengguna jejantas di Lebuhraya Kajang SILK terlihat mayat tersebut lalu menghubungi polis pada jam 8.38 pagi.

“Pemeriksaan pihak polis bersama pihak Forensik Bukit Aman mendapati mayat seorang lelaki berbangsa tidak pasti dalam keadaan tertiarap di atas tanah lengkap berpakaian baju-t dan seluar jeans berwarna hitam tanpa sebarang kesan kecederaan fizikal.

“Si mati dipercayai telah meninggal dunia lebih dari sehari berdasarkan keadaan tubuh badan yang mula mereput dan indentiti simati masih belum dapat kenalpasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian penemuan mayat, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804,” kata beliau. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: