Jumaat, 30 Oktober 2020

Proklamasi darurat: Wajibkah YDPA mengikut nasihat PM?

PADA 23 Oktober 2020, selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin (TS Muhyiddin) bergegas ke Kuantan untuk menyembahkan keputusan mesyuarat itu kepada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Pada 24 Oktober 2020, Istana Negara mengeluarkan kenyataan media yang, antara lain, menyebut bahawa YDPA “telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.”

Pada hari Ahad 25 Oktober 2020, petang, keluarlah kenyataan media Istana Negara: 

“Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.

Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.

Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.”

Saya percaya ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia YDPA memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) untuk membincang cadangan mengeluarkan proklamasi darurat dan kemudiannya membuat keputusan menolaknya.

Ini telah menimbulkan dua persoalan undang-undang yang berkait dengan soalan sama ada YDPA dikehendaki bertindak atas nasihat PM.

Tiada ulasan: