on
BEBERAPA hari lalu negara dikejutkan dengan berita mengenai seorang selebriti
tempatan, Shuib Sepahtu dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pengubahan wang haram didalangi
sindikit ‘Macau Scam’.
Bagaimanapun selebriti popular itu dilepaskan selepas ditahan hampir 23 jam
untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Hasil siasatan, terbaru, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira
RM75 juta hasil aktiviti penggubahan wang haram, termasuk membabitkan
selebriti.
SPRM juga dikatakan menyita 24 kenderaan mewah dan kediaman mewah milik
pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang
ditahan bersama-sama mereka.
Walaupun tidak didedahkan identiti suspek, di media sosial berlegar gambar dan
video pasangan suami isteri itu memperagakan kehidupan mewah mereka.
Memetik laporan portal akhbar tempatan, SPRM memaklumkan ada dalam kalangan
pegawai agensi keselamatan dikesan menerima bayaran bagi melindungi kegiatan
pelaburan Macau Scam ini.
Sehubungan itu siasatan lanjut masih lagi dilakukan.
Sementara itu netizen pula mula membandingkan setiap kereta yang dirampas oleh
SPRM itu dengan kereta yang dimiliki oleh Shuib.
Shuib sebelum ini ada berkongsikan beberapa gambar kereta yang dilihat
seakan-akan kereta yang dimiliki oleh scammer tersebut.
Antaranya termasuklah kereta mewah serba kuning yang digunakan sewaktu
pelancaran Bubblebee pada 5 Julai yang lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan