Cinca on
KUALA
LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik melahirkan rasa
syukur kerana usaha beliau membawa restoran makanan segera popular,
McDonald’s ke kawasannya menjadi kenyataan.
Ahli
Parlimen Simpang Renggam itu berkata, pembukaan McDonald’s tersebut
diharap menjadi salah satu punca pekerjaan untuk anak tempatan dan
membuat kitaran ekonomi setempat bergerak dengan lebih baik.
Jelas
Maszlee, beliau telah bertemu dengan Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi
Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar pada penghujung tahun
2019.
“Tujuannya adalah untuk mengadakan
usahasama dengan syarikat ternama ini dan membangunkan sebuah outlet
McDonald di Simpang Renggam sendiri.
“Semalam, saya dimaklumkan bahawa tapak pembinaan outlet McDonald telah pun disediakan di sini.
“Papan
tanda telah dibawa naik dan proses pembinaan akan berjalan. Outlet ini
dijangka siap pada hujung tahun nanti, insya Allah. Saya amat gembira
dan bersyukur dengan kerjasama ini.
“Harapan
saya adalah agar pembukaan outlet McDonald ini akan menjadi salah satu
punca pekerjaan anak tempatan Simpang Renggam dan kitaran ekonomi
setempat dapat bergerak dengan lebih baik ,” katanya dalam satu hantaran
di laman Facebook beliau hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan