on
KUALA
LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua
selebriti dan ahli perniagaan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang
haram Macau Scam untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.
Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perkara itu bagi
mengelakkan SPRM bertindak menahan mereka yang berkenaan dalam masa
terdekat.
"Tidak
kira selebriti atau siapapun dan mana-mana pihak yang pernah menerima
(dana sindiket) daripada individu yang ditahan SPRM diminta tampil
sebelum kami panggil.
"SPRM ada senarai nama
individu termasuk selebriti dan ahli perniagaan, jadi kami minta datang
dan kami akan layan dengan baik jika beri kerjasama. Jangan tunggu kami
panggil," katanya dalam temu bual secara langsung menerusi slot 'SPRM
360' di MACCfm.
Dalam
pada itu, ketika ditanya berhubung adakah individu berkenaan mengetahui
pembabitan sindiket, tegas Azam, amat mustahil sekiranya mereka tidak
mengetahui kerana dana yang diberikan adalah dalam bentuk tunai.
"Jenayah
pengubahan wang haram ini membabitkan kesalahan seperti menipu, rasuah
atau merompak bank, yang mana wang itu perlu dicuci.
"Mereka yang menerima wang itu tidak boleh tidak tahu atau berkata mereka tidak tahu.
"Kerana
apabila kita siasat, kita akan siasat sampai ke mana wang itu berada
(diserahkan). Menubuhkan perniagaan adalah antara cabang wang ini
dicuci," jelasnya.
Sementara itu, Azam mengesahkan seramai 20
individu termasuk lapan daripada pasukan polis ditahan dalam operasi
khas kes pengubahan wang haram melibatkan sindiket penipuan Macau Scam.
Katanya,
pihaknya turut menyita 730 akaun bank yang mengandungi wang RM80 juta,
wang tunai RM5 juta dan 23 kenderaan mewah dipercayai hasil aktiviti
itu.
“Daripada
20 suspek, seorang adalah lelaki warga China, 11 rakyat tempatan dan
lapan pegawai penguatkuasa daripada satu agensi kerajaan.
“Semua rampasan ini dipercayai adalah hasil aktiviti haram dengan menipu orang ramai,” tambah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan