Bekas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Hanipa Maidin
mengucapkan tahniah kepada Hakim Idrus Harun susulan pelantikannya
sebagai Peguam Negara.
Pemimpin Amanah itu turut berkata bahawa
beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan Idrus ketika peguam negara
itu menjadi hakim Mahkamah Rayuan.
“Secara peribadi, saya tiada
masalah dengan dia. Pada pandangan saya, dia adalah seorang hakim yang
adil dan bijak ,” katanya kepada Malaysiakini.
“Malangnya,
beliau terpaksa berkhidmat di bawah kerajaan yang kredibiliti dan
integriti sering disoal luar dan dalam negara,” tambahnya.
Idrus
yang dilantik sebagai peguam negara itu berkuatkuasa hari ini,
menggantikan Tommy Thomas yang telah meletakkan jawatannya minggu lalu
susulan kemelut politik yang menyaksikan gabungan Perikatan Nasional
mengambil alih Putrajaya.
Sebelum ini pada tahun 2018, pendakwa raya dalam kes 1MDB Gopal Sri Ram turut mencadangkan Idrus dilantik sebagai peguam negara.
Beliau
adalah bekas peguamcara dalam Jabatan Peguam Negara sebelum dilantik
menjadi hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Mahkamah Persekutuan.
Sementara itu, Anggota Parlimen Bukit Gelugor, MP Ramkarpal Singh turut mengucapkan tahniah kepada Idrus.
"Saya yakin dia akan mengutamakan undang-undang susulan sebelum ini menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.
"Penting
bagi beliau meneruskan pendakwaan yang telah dimulakan, terutamanya kes
yang berkaitan dengan 1MDB dan bekerjasama dengan badan kehakiman untuk
tujuan memperkenalkan pembaharuan.
“Saya doakan yang terbaik,” kata Ramkarpal kepada Malaysiakini.
Sementara
itu, Badan Peguam Malaysia berkata akan bekerjasama dengan Idrus dalam
semua perkara berkaitan kepentingan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan
pihaknya.
“Tan Sri (Idrus) mempunyai pengalaman yang banyak dan pendedahan setelah beberapa tahun dalam AGC dan kemudian dalam Mahkamah.
“Badan
Peguam Negara percaya Idrus dapat menggalas tugasnya secara efisien dan
efektif untuk menegakkan undang-undang tanpa rasa takut,” kata
presidennya Abdul Fareed Gafoor ketika dihubungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan