Isnin, 30 Mac 2020

Pegawai KKM korban ke-35 Covid-19

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini
 

Malaysia mencatatkan kematian ke-35 akibat Covid-19 malam ini selepas seorang pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) meninggal dunia dijangkiti wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian terkini itu membabitkan seorang pesakit wanita berusia 57 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

"Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

"Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020.
Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.

"KKM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau," katanya dalam kenyataan disiarkan di Facebook.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Adham Baba juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

"Pemergian allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM," katanya dalam satu kenyataan.

Adham berkata, pesakit ke-1952 itu bertugas di bahagian sumber manusia Kementerian Kesihatan.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 2,470 kes Covid-19, dengan 150 kes baru direkodkan dalam tempoh 24 jam setakat tengah hari ini.

Tiada ulasan: