Muhyiddin
memantau persiapan terakhir di Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19
Berisiko Rendah di Maeps Serdang pada Isnin 30 MAC 2020. Foto: FB
Muhyiddin
KUALA LUMPUR – Penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan
Covid-19 Berisiko Rendah di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang
(MAEPS) adalah salah satu langkah kesiapsiagaan kerajaan menghadapi
kemungkinan penularan wabak Covid-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan lawatan
memantau kerja-kerja akhir penyediaan di MAEPS di Serdang yang mampu
menempatkan kira-kira 600 pesakit dalam satu-satu masa.
Menurutnya, ia dibina sebagai persediaan menempatkan pesakit Covid-19 jika bilangan kes positif wabak itu terus meningkat. Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memantau persiapan terakhir di Pusat
Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah di MAEPS Serdang pada
Isnin 30 MAC 2020. Foto: FB Muhyiddin.
“Ia diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan
kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera
Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Raya.
“Antara perkhidmatan yang disediakan di pusat ini ialah perkhidmatan klinikal, wad pesakit dalam untuk pesakit Covid-19, ruang resuscitation
untuk menstabilkan pesakit dalam keadaan kecemasan, perkhidmatan
ambulan, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan x-ray dan perkhidmatan
makmal patologi,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan rasmi dalam
Facebooknya hari ini. Muhyiddin
memantau persiapan terakhir di Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19
Berisiko Rendah di Maeps Serdang pada Isnin 30 MAC 2020. Foto: FB
Muhyiddin
Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, fasiliti yang disediakan kepada
pesakit termasuk katil, meja, kerusi, loker, TV, lounge, WiFi, komputer,
surau, CCTV, tandas, ruang mandi, bilik persalinan dan ruang istirehat.
Menurutnya, bagi anggota yang bertugas pula, pusat itu menyediakan
kaunter jururawat (nurse station), bilik rawatan dan kecemasan
(treatment room/resuscitation room), ruang rehat anggota, bilik
persalinan anggota dan ruang mandi termasuk ruang “Donning/ doffing” PPE
(personal protective equipment) serta ruang mesyuarat dan seminar.
“Pada ketika ini kapasiti di hospital Covid-19, Pusat Kusta dan
Institut Latihan KKM adalah mencukupi untuk menempatkan pesakit
Covid-19,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan