Pengacara
kontroversi, Azwan Ali hari ini memuji layanan yang diberikan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) kepadanya dan menyifatkannya sebagai layanan
VVIP.
Kata Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA itu, anggota
polis yang menguruskan kesnya menjaga dia seperti anak emas atau
menatang minyak yang penuh.
"Diva AA salute bagaimana polis layan hari ni.
"Justeru,
nak ucap setinggi-tinggi penghargaan kerana menjaga Diva AA seperti
anak emas dan umpama menatang minyak yang penuh," katanya ketika
dihubungi Malaysiakini hari ini.
Azwan
juga berkata, layanan diberikan PDRM kepadanya itu juga mungkin tidak
sama jika hendak dibandingkan dengan mana-mana ahli politik yang pernah
'diheret' ke mahkamah sebelum ini.
"Bekas perdana menteri Najib Razak pun belum tentu dapat layanan macam VVIP tu," katanya.
Terdahulu, Azwan didenda
sebanyak RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas kesalahan
menghina cara kerja kakitangan Hospital Putrajaya dalam menangani
penularan wabak Covid-19.
Ia bermula selepas seorang penyanyi
berpangkat senior mendakwa tidak menerima layanan baik daripada petugas
hospital terbabit melalui perkongsian di Facebook miliknya pada 19 Mac
lalu.
Diva
AA kemudian menyokong tindakan artis terbabit dalam perkongsian video
berasingan yang dimuat naik di laman Youtube miliknya, Diva AA Tersohor.
Hantaran itu kemudiannya dilaporkan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, jam 4.59 petang, pada 25 Mac 2020.
Diva AA bayar denda tunai
Azwan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya di mahkamah.
Dia juga memohon maaf sekali lagi secara terbuka kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan mulut celuparnya.
Sementara
itu, mengulas jumlah denda sebanyak RM17,000 yang dikenakan, Azwan
berkata, dia sedikit pun tiada masalah untuk membayarnya.
Baginya,
apalah sangat jika hendak dibandingkan antara wang dengan prinsipnya
dalam memperjuangkan hak seorang rakan yang sudah dikenali sekian lama.
"Diva AA tak pandang pun, siap bayar tunai. Bagi saya, jumlah tu tak penting, yang penting apa diperjuangkan.
"Mereka (mahkamah) boleh kenakan seberapa banyak denda yang dikehendaki," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan