Khamis, 26 Mac 2020

Covid-19: Seorang lagi meninggal, jumlah kematian meningkat kepada 21 orang

Kasthuri Jeevendran
MGF24032020_OPS-DBKL28-2


KUALA LUMPUR – Malaysia merekod satu lagi kematian berkaitan wabak pandemik Covid-19, dengan  kematian meningkat kepada ke-21 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa yang merupakan seorang warganegara tempatan berusia 63 tahun adalah jemaah ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling.

Selain itu, katanya mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik dan meninggal ketika sedang dirawat di  Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan.

“Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Mangsa merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020.

“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020, jam 4 pagi.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya menerusi laman Facebook. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: