Polis
akan memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengehadkan waktu
operasi Pasar Borong Kuala Lumpur bagi mengawal jarak dan pergerakan
orang ramai.
"Polis akan mencadangkan PBT agar dihadkan waktu operasi dan juga mengehadkan bilangan pekerja dalam pasar tersebut. Tambahan, ketika ini, bilangan pelanggan yang berkunjung ke pasar adalah kurang berbanding sebelum ini. Jadi, tiada keperluan untuk letakkan ramai pekerja," katanya pada sidang media di Balai Polis Sri Murni, di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata terdapat kira-kira 2,000 pekerja di 440 gerai di pasar tersebut pada satu-satu masa dan pengurangan mereka adalah bagi memberikan ruang dan menjarakkan kedudukan mereka.
"Kita tidak mahu mereka terlalu rapat. Harus ada 'social distancing' (jarakkan sosial). Ini belum lagi masuk bilangan pembeli yang berkunjung ke pasar ini," katanya.
Beliau berkata orang ramai diminta supaya mengehadkan pergerakan dan keluar rumah sekiranya perlu sahaja seperti membeli barangan keperluan.
Secara keseluruhannya, lebih 3,000 pegawai dan anggota polis sekitar Kuala Lumpur dikerahkan bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan