
Jumlah orang yang dijangkiti virus Covid-19 di seluruh dunia telah melepasi 100,000 pada hari Jumaat, lapor Reuters.
Menurut Reuters, sebilangan besar orang perlu menghadapi realiti baru kerana ramai yang diminta untuk tinggal di rumah dari ke tempat kerja, sekolah ditutup, perhimpunan dan acara besar dibatalkan, kedai-kedai kehabisan peralatan mandi dan air minuman, serta topeng muka menjadi hal yang biasa.
Di London, Reuters melaporkan daerah Canary Wharf yang menjadi pusat kewangan Eropah kelihatan sepi, manakala HSBC meminta 100 kakitangannya untuk bekerja dari rumah selepas seorang pekerja positif Covid-19.
Di New York pula, firma perbankan JP Morgan membahagikan pasukannya antara lokasi pejabat pusat dan pejabat keduanya di New Jersey.
Wabak
itu, yang telah mengorbankan lebih daripada 3,300 nyawa di seluruh
dunia, telah merebak di seluruh Amerika Syarikat, menjangkau
sekurang-kurangnya empat negeri baru, selain San Francisco.
Terdapat juga kebimbangan lumpuhnya rangkaian bekalan barangan di seluruh dunia, khususnya di China.

Dalam perkembangan berkaitan, Al Jazeera melaporkan
sebagai langkah berjaga-jaga, Arab Saudi telah mengeluarkan larangan
mengerjakan umrah, Iran membatalkan solat Jumaat dan umat Islam
Singapura digesa membawa sejadah sendiri ke masjid dan surau.
Di China, negara wabak itu bermula, telah menyaksikan lebih daripada 3,000 kematian, tetapi wabak itu kini pantas menyebar ke tempat lain.
Sekurang-kurangnya 148 orang maut di Itali, yang mengalami wabak terburuk di Eropah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia minggu ini berkata kira-kira 3.4 peratus kes koronavirus baru yang dikenali sebagai Covid-19 telah meninggal dunia, jauh melebihi kadar kematian selesema bermusim di bawah 1 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan