SABAK
BERNAM – Di saat negara kita berusaha keras menangani wabak
penyakit Covid-19 ini, Kerajaan Negeri Selangor masih bermain politik
sempit yang tidak merentasi aspirasi rakyat untuk membantu sedaya upaya
tanpa mengira fahaman politik.
Demikian
bidas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rizam Ismail
mengenai tindakan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang memutuskan bantuan
RM30,000 sedia ada disalurkan secara terus ke dalam akaun Pusat Khidmat
Masyarakat semua ADU N kecuali 9 ADUN Pembangkang.
“Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak adil menteri besar
memandangkan sebelum ini di dalam ucapan pakej ransangan ekonomi
Selangor telah menyatakan sejumlah RM30,000 akan diberi kepada seluruh
56 kawasan DUN melaksanakan aktiviti pengedaran topeng muka, makanan dan
minuman untuk manfaat penduduk setempat,” ujar ADUN Sungai Tawar itu
dalam satu kenyataan.
Seterusnya, Rizam yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri yakin dan
percaya bahawa adalah menjadi hasrat rakyat negeri Selangor untuk
menerima bantuan daripada kerajaan negeri melalui setiap adun kawasan
yang lebih sinonim dan lebih dekat di hati rakyat setempat.
“Jangan politikkan bantuan ketika negara sedang berusaha untuk membendung wabak pandemik COVID-19,” tegasnya.
Untuk rekod, lapan lagi DUN yang terbabit adalah kawasan Sungai
Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong, Gombak Setia, Bukit Antarabangsa,
Semenyih, Sijangkang dan Selat Klang. – UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan