Khamis, 26 Mac 2020

‘Hand sanitiser’ yang dah diikat dengan ‘cable wire’ pun boleh hilang!

Wartawan MalaysiaGazette
sanitise
Walaupun telah diikat dengan wajar kabel, hand sanitiser masih dicuri.
KUALA LUMPUR – Seorang doktor di sebuah hospital kerajaan meluahkan rasa marah dan kecewa berikutan beberapa insiden hand sanitizer di tempat beliau bekerja telah dicuri.

Lebih mengecewakan apabila usaha petugas hospital mengikat botol hand sanitizer itu dengan kabel wayar juga tidak mengurangkan ‘minat’ pihak yang berkenaan untuk mencuri cecair pembasmi kuman itu.

Insiden itu dibangkitkan oleh Dr Mahyuddin Mohamed yang merupakan pakar Ortopedik di laman Twitter apabila beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak mengambil harta kerajaan.

Sebelum ini tular satu ciapan di laman Twitter di mana seorang netizen menunjukkan gambar sedang memegang hand sanitiser dengan kapsyen “ambik kat hospital je free’.

curi

“Buat pesakit, pelawat atau pun kakitangan hospital sendiri, jangan ambil harta kerajaan!

“Bantu kami untuk bantu anda. Mengambil sanitiser kami tidak membantu kami. Anda membantu virus & bakteria.

“Anda tau betapa pentingnya Hand sanitiser kepada petugas hospital? Kami guna hand sanitiser setiap kali melihat pesakit & bergerak dari satu katil pesakit ke katil yg seterusnya. Kami amalkan 5 Moments of Hand Hygiene bg meminimakan risiko tersebarnya jangkitan antara pesakit.

“Kalau anda ambil Hand sanitiser kami bagaimana kami hendak rawat pesakit dengan selamat dan cepat? Kami tau anda risau dengan COVID19. Kami pun risau juga. Tapi mengambil sanitiser hospital bukan caranya. Anda boleh sahaja basuh tangan dengan sabun selama paling minima 20 saat
 

hilang


Sanitiser kami Hilang lagi! *************************** Saya marah dan kecewa. Hand sanitiser yang dah diikat dengan cable wire pun boleh hilang. Bukan main cantik lagi perangai anda ye,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: