Sabtu, 28 Mac 2020

KKM sudah ramal tsunami Covid-19

Kasthuri Jeevendran
 
 MGF27032020_PASAR-CHOW-KIT-HARI-9-PKP22-1




PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meramalkan negara akan dilanda gelombang ketiga atau ‘tsunami Covid-19’ tiga minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sudah meramalkan sesuatu yang buruk bakal membadai negara kerana ramai rakyat Malaysia telah membuat perancangan bercuti di negara-negara berisiko tinggi Covid-19.

“Sebenarnya ramai juga rakyat Malaysia telah merancang untuk bercuti ke luar negara ketika musim cuti sekolah malah ada juga satu kementerian telah meluluskan permohonan perjalanan ke negara berisiko tinggi seperti Jepun, China, Korea, Itali dan juga Iran.

“Cuba bayangkan, jika bercuti pastinya juga dengan keluarga, sekurang-kurangnya empat orang atau lebih, keluarga Malaysia secara purata ada bapa, ibu, dan dua orang anak. Jika satu kementerian sahaja, mungkin juga 32,000 telah dijangkiti.

MGF25032020_SIDANG-MEDIA-KKM_04

“Jika kamu ingat, kes ke-23. Seluruh keluarga mereka yang tiba dari Jepun disahkan positif.
 
“Kerajaan bimbang seandainya ada puluhan ribu rakyat Malaysia yang telah dijangkiti dengan
 Covid-19 selepas melawat negara-negara ini, bagaimana kita mampu mengasingkan jumlah seperti 32,000 ini? Satu mimpi buruk.

“Ini baru sahaja cerita satu kementerian, bagaimana pula dengan keseluruhan rakyat Malaysia yang lain,” katanya.

Menurut Noor Hisham, langkah terbaik untuk mengekang wabak ini adalah dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain membuat sekatan perjalanan ke negara-negara tertentu, seperti yang dilakukan baru-baru ini.

“Dengan memaksa hampir kesemua rakyat Malaysia duduk di rumah dan kuarantin diri, kita sememangnya dapat menghadkan jangkitan serta mengjikiti yang lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: