Selasa, 24 Mac 2020

Cadangan Kit Siang tak masuk akal – Azizi

Kasthuri Jeevendran
MGF15042018_AziziSafar04
Azizi Safar

KUALA LUMPUR – Pelik melihat pembangkang kini begitu lantang mengkritik kerajaan dalam usaha menangani Covid-19 yang kini sudah meragut 11 nyawa di negara ini.

Walhal sejak pandemik itu dikesan penghujung tahun lalu, ketika masih lagi bergelar kerajaan, pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang rata-ratanya berjawatan tinggi dilihat mengambil mudah sahaja wabak berkenaan.

Baru-baru ini, pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Iskandar Putri, Lim Kit Siang menggesa kerajaan untuk mengagihkan penutup muka secara percuma kepada rakyat biasa dianggap tidak masuk akal.

Mengulas mengenainya, pemerhati politik, Azizi Safar berkata, kerajaan Malaysia telah membeli 10 juta penutup muka dari China dan bukan seperti tanggapan umum ianya adalah percuma.

China hanya memberikan 100,000 keping penutup muka secara percuma sebagai bantuan segera kepada negara ini hasil inisiatif Wisma Putra baru-baru ini.

“Sebenarnya tahukah anda bahawa penggunaan topeng muka di hospital-hospital yang merawat pesakit-pesakit terjangkit virus adalah 60,000 kotak seminggu?

“Satu kotak ada 50 keping. 60,000 kotak adalah bersamaan 3,000,000 keping penutup muka. Ia adalah pakai-buang, bukan boleh dipakai berulang-ulang.

“10 juta keping topeng muka untuk kegunaan selama tiga minggu sahaja oleh petugas-petugas di barisan hadapan.

“Cadangan Kit Siang supaya kerajaan agihkan secara percuma yang kononnya dapat percuma daripada China adalah tidak masuk akal dan tidak boleh pakai,” tulisnya dalam Facebooknya hari ini.
MGF27032019_SIDANG-PARLIMEN_51
Lim Kit Siang
Kata Azizi lagi, sebenarnya petugas-petugas di barisan hadapan lebih memerlukan topeng muka daripada rakyat biasa.

“Pertama, 10 juta topeg muka bukan dapat secara percuma daripada Kerajaan China. Fahami itu.
Kedua, petugas-petugas di barisan hadapan lebih memerlukannya lebih daripada rakyat biasa.

“Oleh sebab itu juga, Ketua Pengarah Kesihatan memberitahu, orang biasa tidak perlu pakai topeng muka kecuali mereka ada gejala-gejala penyakit seperti batuk dan kerap bersin,” tegasnya. –MalaysiaGazette

Tiada ulasan: