Ahad, 1 Mac 2020

Beri peluang kepada Muhyiddin - KM Sarawak

Rudi Affendi Khalik, Astro Awani
Beri peluang kepada Muhyiddin - KM Sarawak
Beri peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan tugas mentadbir negara sebagai Perdana Menteri, kata Abang Johari. - Foto Astro AWANI.
 
 
BAU: Beri peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan tugas mentadbir negara sebagai Perdana Menteri, kata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ini merupakan kenyataan pertama Ketua Menteri Sarawak itu selepas pelantikan Muhyiddin oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Sabtu.
 
Malah, Abang Johari turut mengulas mengenai sokongan itu memandangkan sebelum ini GPS menyatakan pendirian menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri.

"Pada mulanya kami menyokong Tun Mahathir dan selepas beliau meletak jawatan (sebagai Pengerusi Bersatu) banyak pula isu timbul. (kejap) kiri (kejap) kanan. Sebab itu kita sokong Muhyiddin.
 
BACA: Kehadiran Fadillah di kediaman Muhyiddin sebagai "pemerhati" GPS - Abang Jo

BACA: Mesyuarat tertutup pimpinan tertinggi GPS di Kuala Lumpur pada Ahad

BACA: GPS perjelas kedudukan parti selepas pelantikan PM baharu

"Bagaimanapun, saya ingin tegaskan bahawa, pada masa ini kepentingan Sarawak adalah yang paling utama," katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Serabak, Bau pada Ahad.

Selepas majlis itu, Abang Johari dijadualkan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat tertutup GPS bersama pimpinan dan ahli parlimen gabungan itu.

Muhyiddin pada Ahad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. 
 
 

Tiada ulasan: