Pemimpin
politik digesa berhenti bertelagah isu kabinet kerajaan Perikatan
Nasional (PN) dan memberi fokus kepada usaha menangani isu rakyat yang
serius ketika ini.
"Hari ini telah terbentuknya kabinet kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
"Wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti politik berhubung dengan kabinet, bagi saya hari ini kepimpinan politik harus tumpukan kepada usaha untuk menangani isu dihadapi oleh rakyat.
"Terutamanya wabak Covid-19 yang disiytiharkan oleh WHO sebagai satu bentuk pendemik atau yang wabak yang sudah menular secara pantas dan melibatkan ramai orang," katanya dalam satu video yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.
Malam tadi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan turut mengkritik komposisi menteri Umno dalam kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Sebelum itu beberapa pemimpin Umno turut menyuarakan nada sama antaranya Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Azalina Othman Said.
Azalina menyifatkan barisan kabinet PN yang dibentuk oleh perdana menteri sekadar untuk memberi kekuatan kepada Muhyiddin dan Bersatu.
Kelebihan pada Azmin
Seorang lagi Anggota MT Umno, Tajuddin Rahman pula menyifatkan agihan kerusi kabinet hanya memberi kelebihan kepada Bersatu dan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Sebaliknya menteri Umno hanya diberi portfolio yang sukar untuk berkhidmat kepada rakyat.
Katanya, rakyat juga bakal berhadapan dengan situasai sukar apabila ekonomi negara turut terkesan dengan penularan wabak berkenaan.
"Dalam hal ini adalah lebih baik seluruh kepimpinan tanpa mengira dalam konteks kerajaan mahupun pembangkang untuk kita melakukan 'gencatan politik' buat sementara waktu
"Yang membawa makna kita letakkan ketepi soal perbezaan, mari kita sama-sama muafakat dan bekerjasama menangani isu rakyat yang begitu menghimpit hari ini," katanya.
Tambahnya lagi, kejatuhan harga minyak dunia akibat Covid-19 akan memberi kesan kepada ekonomi negara kerana Belanjawan 2020 adalah berasaskan harga bahan bakar itu pada masa lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan