LANGSUNG l Perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Ikuti perbicaraan ini yang dilaporkan Malaysiakini secara langsung:
3.20pm: Saksi ke-30, Norhayati berkata beliau tidak tahu sama ada wang yang terlibat dalam pemindahan dari Gandingan Mentari ke akaun Ihsan Perdana adalah dari SRC International atau tidak.
Saksi itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Najib, Farhan Read.
"Puan, adakah kamu tahu sama ada sumber wang itu berasal dari SRC International?
"Saya tidak tahu," jawab Norhayati.
Mahkamah terdahulu mendengar keterangan dari pegawai bank itu mengenai transaksi dari SRC International yang masuk ke akaun Gandingan Mentari sebelum dipindahkan ke akaun Ihsan Perdana.
Terdahulu hari ini, Norhayati mengesahkan RM42 juta dipindahkan dari akaun Ihsan Perdana kepada dua akaun Ambank Najib dengan nombor akhir 880 dan 906.
1pm: Norhayati mengesahkan bahawa akaun semasa Affin Bank milik Ihsan Perdana bernombor 106180001108 menerima sejumlah RM50 juta dari akaun semasa Ambank milik Gandingan Mentari Sdn Bhd antara Disember 2014 dan Februari 2015.
Semasa pemeriksaan utama oleh DPP Sulaiman Kho, beliau berkata berdasarkan dokumen bank, RM40 juta dipindahkan dari Gandingan Mentari ke Ihsan Perdana pada 24 Disember 2014; RM5 juta pada 5 Feb 2015; dan RM5 juta pada 6 Feb 2015.
Ini sama dengan keterangan sebelum ini bahawa wang sebanyak RM50 juta dimasukkan dari akaun Gandingan Mentari ke akaun Ihsan Perdana.
12.05pm: Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman muncul di mahkamah untuk dicamkan oleh Norhayati selaku saksi perbicaraan.
Shamsul muncul dari bilik saksi dan dilihat tenang ketika dikenal pasti oleh Norhayati sebelum memberikan kad pengenalannya kepada hakim.
Selepas dicamkan, Shamsul berjalan kembali ke bilik saksi.
Terdahulu, Norhayati memberi keterangan bahawa Shamsul merupakan salah seorang daripada dua penandatangan rasmi Ihsan Perdana bagi pemindahan wang daripada akaun Affin Bank.
Penandatangan lain yang diberi kuasa untuk akaun Ihsan Perdana dengan Affin Bank ialah Abdul Aziz Ismail.
Pada 2017, pasukan petugas khas 1MDB dilapor menahan Shamsul sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dana syarikat pelaburan berkenaan.
11.30am: Pengurus Affin Bank cawangan The Curve di Petaling Jaya, Norhayati Mohd Yunus, mengesahkan terdapat tiga pemindahan berjumlah RM42 juta daripada akaun bank anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana kepada dua akaun Najib Razak antara Dis 2014 dan Feb 2015.
Tiga pemindahan itu melibatkan sejumlah RM27 juta, RM10 juta dan RM5 juta.
Norhayati berkata borang pemindahan berasingan melibatkan pemindahan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta itu ditandatangani dan diberi kuasa bersama kepada Shamsul Anwar dan Abdul Aziz.
Shamsul Anwar dan
Abdul Aziz adalah penandatangan yang sah di akaun Ihsan Perdana yang
mana RM42 juta dipindahkan ke dua akaun Ambank milik Najib.
Beliau berkata, terdapat pemindahan dari akaun Affin Bank yang sama sebanyak RM5 juta kepada akaun Ambank Najib dengan nombor akhir 906 pada 26 Disember 2014.
Saksi juga
memberi keterangan bahawa Ihsan Perdana yang pada satu ketika pernah
dinamakan sebagai Gem Horizon Sdn Bhd mempunyai tiga akaun semasa dengan
Affin Bank cawangan The Curve.
Akaun semasa itu bernombor 1011811300 yang dibuka pada 5 Ogos 2011, 106180001001 yang dibuka pada 5 Jan 2012 dan 106180001108 dibuka pada 1 Jun 2012.
10.34am: Amirul
memberitahu beliau berada di bawah tekanan dan terburu-buru ketika
menyediakan kertas pelaburan KWAP untuk pinjaman RM4 bilion kepada SRC
International.Akaun semasa itu bernombor 1011811300 yang dibuka pada 5 Ogos 2011, 106180001001 yang dibuka pada 5 Jan 2012 dan 106180001108 dibuka pada 1 Jun 2012.
"Saya diminta oleh pihak pengurusan untuk mempercepatkan permohonan itu.
"Kalau tengok, terdapat beberapa mesyuarat dalam masa terdekat. Kalau 'miss' meeting go for next one. Tapi di sini, tergesa-gesa untuk setiap mesyuarat.
"Terdapat banyak tekanan untuk percepatkan benda ni semua," katanya kepada DPP Ishak.
Hakim Nazlan kemudian membenarkan Amirul dipanggil kembali untuk pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh.
DPP Sithambaram mengatakan pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan.
10.32am: Pegawai KWAP, Amirul memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya menerima kira-kira 25 peratus dokumen yang diperlukan daripada SRC International semasa menyediakan kertas kerja untuk meluluskan permohonan pinjaman itu.
Amirul berkata beliau harus bergantung pada apa sahaja yang diterima dari SRC International untuk mengendalikan kertas pelaburan bagi dipersembahkan kepada panel pelaburan KWAP.
Ishak: Jika dilihat exchange of email dirujuk dalam keterangan, yang mohon banyak maklumat, adakah maklumat diperolehi?
Amirul: Ada sikitlah, tak semua
Ishak: Berapa percent tu?
Amirul: 25 percent
Ishak: Dan awak terpaksa bertindak berdasarkan 25 percent tu?
Amirul: Ya
10.20am : Amirul berkata KWAP pada akhirnya memberikan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada RM3.95 bilion yang asalnya dikehendaki. Disebabkan pinjaman pertama berjumlah RM2 bilion, maka RM2 bilion lagi adalah pinjaman berasingan untuk SRC.
Saksi itu memberitahu DPP Ishak bahawa KWAP meluluskan RM2 bilion bagi permohonan pinjaman pertama SRC sebanyak RM3.95 bilion.
Beliau berkata SRC International kemudian membuat permohonan pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion yang diberikan dengan jumlah yang sama oleh KWAP.
Amirul berkata secara keseluruhan jumlah pinjaman KWAP kepada SRC International berjumlah RM4 bilion.
10.12am: Amirul berkata pinjaman RM4 bilion yang diberikan KWAP kepada SRC International adalah yang terbesar pernah dilihatnya sepanjang berkhidmat dengan KWAP.
"RM4 bilion (pinjaman) adalah yang terbesar yang
dipersetujui oleh KWAP yang saya pernah lihat," kata saksi itu kepada
DPP Ishak semasa pemeriksaan utama.
Amirul memberi keterangan bahawa Najib menandatangani surat tersebut selaku perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu.
Dokumen perjanjian pinjaman itu, katanya, ditandatangani antara CEO KWAP pada masa itu, Azian Mohd Noh dan pengarah SRC International Suboh Md Yassin.
Saksi itu mengatakan bahawa dia diarahkan oleh ketuanya ketika itu, Nor Hisyam untuk menyediakan 'surat pekeliling' atas pinjaman berkenaan.
"Ia adalah satu jumlah sekali gus, berdasarkan perbincangan dengan PM," kata Amirul.
Amirul berkata Najib adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dalam kaitan kertas pelaburan panel yang disediakannya, berhubung pembiayaan tambahan berkenaan.
9.16am: Amirul memberi keterangan
bahawa pada 14 Februari 2012, beliau menerima e-mel dari bekas pengarah
kewangan 1MDB, Terrence Geh yang meminta kelulusan untuk mendapatkan
pembiayaan tambahan sebanyak RM2 bilion yang akan dijamin oleh kerajaan.
9.07am: Najib memasuki kandang tertuduh apabila hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memasuki mahkamah untuk meneruskan pemeriksaan utama terhadap saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat.
Amirul merupakan bekas pembantu naib presiden di Jabatan Pendapatan Tetap, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Ketua peguam yang mewakilinya, Muhammad Shafee Abdullah juga dilihat mengambil tempat duduk bersama peguam-peguam lain.
Peguam Negara Tommy Thomas juga dilihat mengambil tempat duduknya dan berbincang dengan anggota pasukan pendakwaan yang lain.
Timbalan Pendakwaraya, V Sithambaram dan anggota pasukan pendakwaan yang lain juga dilihat mengambil tempat di hadapan.
Najib
dibicarakan atas tiga tuduhan pecah amanah (CBT) di bawah Seksyen 409
Kanun Keseksaan; tiga tuduhan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4
(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfa); dan salah
guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan bermula pada jam 9 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan