Sabtu, 18 Mei 2019

Rungkai motif pembunuhan Siti Kharina

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
 
 

KELUARGA Ketua Jururawat Hospital Serdang, Allahyarham Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, berharap polis dapat merungkai motif sebenar pembunuhan wanita itu yang ditemui di sebuah unit kondominium di Cyberjaya, kelmarin.

Adiknya, Siti Khairani, 36, berkata, mereka sekeluarga menyerahkan siasatan penuh kes itu kepada polis dan masih menunggu perkembangan terkini.

“Buat masa ini kami menantikan laporan dan enggan mengulas lanjut bagi mengelak gangguan (terhadap siasatan),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, keluarga mereka juga mengadakan majlis tahlil buat arwah di kediaman bapanya di Gemas, Tampin, malam ini.

Media melaporkan mayat Siti Kharina yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu ditemui dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya, pada 2.30 petang Rabu lalu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat atau lima hari dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, sebelum jenazah diserah kepada keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah, 9 malam semalam.

Susulan itu, polis menahan lelaki dan wanita Afrika serta seorang lelaki Pakistan berusia 30 hingga 38 tahun di Cheras Sentral, semalam dan kelmarin.

Berita berkaitan

Suspek utama kes bunuh Siti Kharina direman
Tragedi jururawat [METROTV]
Jenazah Siti Kharina selamat dikebumi
Usah buat spekulasi pembunuhan jururawat
'Kami mahukan keadilan buat Siti Kharina'
Suspek kes bunuh jururawat ditahan
'Lelaki Nigeria diburu kes bunuh Siti Kharina [METROTV]'
'Siti Kharina dibunuh?'
'Henti sebar maklumat palsu kakak saya'
Masih tiada khabar dari Siti Kharina
'Bantu kami kesan kakak'

Tiada ulasan: