Foto
hiasan - Seorang pengunjung melihat pelbagai jenis lampu hiasan
berwarna-warni bagi persiapan sempena hari raya Aidilfitri semasa
tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,
KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan
sebanyak RM450 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat dari Gred 56 dan ke
bawah sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan ringkas sebentar tadi memaklumkan pembayaran khas itu akan dibuat pada 24 Mei ini.
Turut menikmati bantuan khas Aidilfitri itu kira-kira 0.8 juta pesara
kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka dengan bayaran
sebanyak RM225.
Bayaran bantuan khas penjawat awam dan pesara kerajaan ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan