
Beliau juga berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus mengetepikan perbezaan po
litik bagi memastikan dasar itu berjaya dilaksanakan.
Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, kerajaan negeri memerlukan sokongan kewangan bagi melatih guru dan meningkatkan kecekapan mereka berbahasa Inggeris.
“Kerajaan negeri Sarawak telah bermurah hati menerima cadangan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah, selain menyumbang dana untuk tujuan itu,” katanya kepada FMT, selain menambah bahawa pendidikan seharusnya melampaui kepentingan politik.
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg baru-baru ini berkata, semua buku teks bagi subjek Sains dan Matematik hendaklah dalam bahasa Inggeris, dan guru juga perlu diberikan latihan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.

“Ia seharusnya menjadi tanggungjawab bersama antara kerajaan Sarawak dan persekutuan, tetapi Kementerian Pendidikan (persekutuan) berkata ia mungkin berdepan masalah.”
Dalam pada itu Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri, Michael Manyin berkata, Sarawak berhadapan cabaran dalam melaksanakan dasar itu dengan jaya, termasuk dalam melatih guru dan menyediakan sumber serta bahan yang diperlukan.

Presiden Meta, Ganakumaran Subramaniam berkata, kekurangan sumber juga memainkan peranannya, selain mengakui kebimbangan mengenai kurang kemampuan guru mengajar subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris.
Beliau mencadangkan supaya kerajaan Sarawak mengambil pendekatan berperingkat bagi memulakan inisiatif itu dan tidak melakukannya secara sekali gus.
“Barangkali untuk fasa pertama, mereka boleh laksanakannya di beberapa sekolah perintis dan lihat bagaimana ia berjalan. Pada waktu sama guru diberikan latihan dan masalah asas lain diatasi,” katanya.
Beliau juga mencadangkan pilihan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam kedua-dua bahawa Melayu dan Inggeris supaya pelajar boleh membiasakan diri dengan terminologi serta konsep dalam subjek tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan