Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kes kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat.
Menterinya, Muhyiddin Yassin, berkata penubuhan jawatankuasa itu dibuat selepas pihaknya mendapati apa yang didedahkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) adalah serius.
Apatah lagi, menurut Muhyiddin, kehilangan individu berkenaan dikaitkan secara langsung dengan penglibatan anggota polis.
“Selepas mengkaji laporan yang dikeluarkan Suhakam berkenaan kehilangan - atau seperti yang dilaporkan kehilangan secara paksa - Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, kita menelitinya dan memandang serius, terutamanya menunjukkan penglibatan polis.
“Jadi KDN memutuskan - selepas mendapat persetujuan kabinet - supaya dibentuk sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti laporan itu," katanya.
Selepas itu kata Muhyiddin KDN akan memperakukan tindakan lanjut yang wajar diambil.
Anggota parlimen Pagoh itu ditemui media di program Penerapan Nilai Murni di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.
Awal bulan ini, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyimpulkan Amri dan paderi Raymond Koh menjadi mangsa kehilangan paksa.
Amri dilaporkan hilang pada 2016 manakala Koh setahun kemudian.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, nama-nama individu yang akan menganggotai jawatankuasa berkenaan sudah dikenal pasti.
Katanya ia juga akan membabitkan wakil Polis Diraja Malaysia kerana jabatan terbabit mempunyai kuasa melakukan siasatan.
“Polis akan terlibat tetapi KDN kena cari mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan kes berkenaan.
"Dakwaan Suhakam itu turut membabitkan nama-nama SB dan lain-lain lagi, sudah tentu kita tidak boleh letakkan pihak yang mempunyai kepentingan (dalam jawatankuasa tersebut),” katanya.
Jelas Muhyiddin, kementerian menganggarkan akan ada enam atau tujuh orang akan dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan