Selasa, 7 Mei 2019

Hari ke-14 kes Najib: Peguam dijangka soal balas pengurus bank


   
KES NAJIB | Ketika perbicaraan mahkamah Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-14 hari ini, pasukan peguam bela bekas perdana menteri itu dijangka menyoal saksi ke-30, pengurus cawangan Affin Bank The Curve, Norhayati Mohd Yunus, berhubung transaksi yang melibatkan Akaun Ihsan Perdana.

Ia bermula petang semalam apabila peguam bela tertuduh Farhan Read menimbulkan isu Mail Global Resources Sdn Bhd yang dikatakan menerima RM35 juta daripada akaun Ihsan Perdana melalui tujuh cek bertarikh 13 Januari 2015.

Peguam telah membuat pemeriksaan balas ke atas saksi ke-30 berhubung pengetahuannya tentang transaksi itu, terutama mengenai sama ada dia disiasat berhubung transaksi itu sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Saksi ke-30 itu kemudiannya memberi keterangan bahawa SPRM atau Bank Negara sudah mengambil keterangannya berhubung perkara itu.

Sejauh mana penglibatan Mail Global Resources dalam kes itu akan diambil kira, kerana Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sejak 2017 melalui blognya mendakwa bahawa Ihsan Perdana telah mengeluarkan jumlah cek yang sama iaitu sebanyak RM35 juta kepadaMail Global Resources pada tarikh yang sama iaitu pada 13 Jan 2015.

Semalam, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata pasukan pembelaan akan melaksanakan kaedah pemeriksaan balas yang bertujuan menentukan sama ada beberapa saksi telah dipujuk untuk mengubah kesaksian mereka selepas PRU13.

Semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwa semalam, bekas pegawai Persaraan Dana Diperbadankan (KWAP) Amirul Imran Ahmat memberi keterangan bahawa Najib telah menandatangani jaminan kerajaan persekutuan untuk pinjaman RM2 bilion tambahan dari KWAP kepada SRC International.

Saksi ke-29 itu berkata Najib menandatangani dokumen tersebut pada 2012, atas kapasiti sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Amirul berkata SRC International telah menerima pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada KWAP antara Ogos 2011 dan Mac 2012, dan menyifatkannya sebagai pinjaman terbesar yang pernah diberikan oleh KWAP.

Pada masa itu, SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Ia dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan pada tahun 2012, selepas menghadapi masalah.

Najib ketika itu adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan, mengikut perlembagaan syarikat, dan berkuasa memutuskan pelantikan ahli lembaga, termasuk dalam SRC International.

Amirul boleh kepada dipanggil semula ke kandang saksi untuk disoal balas oleh pasukan pembelaan memandangkan pemeriksaan balas tidak dapat dijalankan semalam kerana peguam Najib Harvinderjit Singh tidak dapat menghadiri prosiding susulan mengalami keracunan makanan.

Pendengaran hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijangka bermula pada pukul 10 pagi dan bukan pada waktu yang ditetapkan sebelum ini iaitu 9 pagi, kerana Najib dan Shafee perlu menghadiri urusan yang berasingan di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman di Putrajaya pada jam 9 pagi tadi.

Urusan berkenaan adalah berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengenai rayuan Najib untuk menggugurkan bekas hakim Gopal Sri Ram dari menjadi sebahagian daripada pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB, yang akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah pada 19 Ogos.

Tiada ulasan: