Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) memaklumkan pihaknya masih menerima laporan terdapat staf
lantikan politik yang mengganggu tugas penjawat awam.
“Sehingga hari ini kita masih menerima aduan terdapat mereka-mereka yang dilantik dikalangan anggota politik ini telah pun mencampuri urusan (tugas) perkhidmatan awam kita,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Ketika ditanya jumlah laporan yang telah diterima Cuepacs, Azih enggan memberikan butiran lanjut.
Bagaimanapun, Azih berkata menjadi harapan Cuepacs supaya perkara itu tidak berlaku di bawah pentadbiran PH.
“Sempena genap setahun kerajaan PH, harapan Cuepacs supaya gangguan-gangguan oleh mereka-mereka yang berada dalam saf kepimpinan politik ini tidak menggangu tugas penjawat awam, tidak mengambil alih tugas-tugas penjawat awam, tidak menggagalkan tugas kerajaan.
“Kerana kita bimbang dasar yang akan diputuskan oleh kerajaan tidak sampai ke peringkat bawahan, diperingkat pelaksanaan tidak berjalan,” katanya.
“Kerajaan seperti mana yang kita katakan, kerajaan menggubal dasar, sama ada apa dasar sekali pun akhirnya yang akan melaksanakan dasar ini adalah penjawat awam iaitu kakitangan kerajaan.
“Dan kalau ini berlaku, maka proses untuk kerajaan baru kita untuk mencapai sasaran mereka akan menjadi lambat dan kita harap jika ini berlaku janganlah sampai penjawat awam dipersalahkan,” katanya.
Penjawat awam tak mampu miliki rumah
Katanya, terdapat kira-kira 70 peratus penjawat awam masih tidak mampu memiliki kediaman kerana rumah mampu milik yang ditetapkan dengan harga RM300,000 terlalu tinggi dan tidak munasabah.
“Dasar baru yang diputuskan kerajaan melalui pelancaran Dasar Perumahan Mampu Milik Negara dan Standard Perumahan Kebangsaan (CIS 26) akan membuatkan penjawat awam tidak mampu bersaing dengan pekerja swasta untuk memiliki rumah idaman mereka.
“Cuepacs tidak dilibatkan dalam perbincangan bagi menentukan dasar ini. Jadi tinggi harapan kami agar kerajaan tidak menyisihkan mana-mana pihak termasuk Cuepacs dalam dasar pemilikan rumah untuk penjawat awam kerana nak beli rumah ini sekali saja,” katanya.
Sehubungan itu, Cuepacs akan menulis surat bagi mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung perkara itu.
Sabtu
lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin,
melancarkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara dan Standard Perumahan
Kebangsaan (CIS 26).
Sebaliknya kerajaan menggalakkan kesemua pembinaan kediaman jenis itu dimiliki oleh golongan B40 daripada pelbagai sektor yang layak demi memastikan kelestarian perhubungan dalam suatu komuniti.
Terdahulu, Azih meraikan sekumpulan wakil media dalam majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan