ISMA WEB
Ahmad Marzuk minta kerajaan dedah sejauh mana serius diskriminasi pekerjaan terhadap Melayu kerana tidak boleh berbahasa Mandarin
BANGI– Pendirian tegas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berhubung kuota
program matrikulasi, mendapat sokongan Ahli Parlimen PAS Pengkalan
Chepa, Ahmad Marzuk Shaary.
“Saya
mengucap tahniah dan sokongan terhadap YBM Mazlee Malik atas pendirian
tegas dan bijaksana beliau dalam mempertahankan penerusan program
matrikulasi, sekalipun dikritik oleh segelintir pihak,” katanya dalam
satu kenyataan, hari ini.
Katanya,
beliau sebelum ini pernah menegaskan supaya program matrikulasi itu
wajib diteruskan, dan tidak dibiarkan hak Bumiputera terhakis dalam era
pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Kenyataan
pemimpin DAP yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau
Pinang, P Ramasamy bahawa Mazlee bersifat perkauman adalah menunjukkan
betapa Malaysia Baru sekarang jika bercakap soal Melayu akan mudah
digelar rasis.
“Manakala
(apabila) bercakap soal Islam akan mudah digelar ekstremis. Sudah tentu
ini bukan negara Malaysia baru yang kita semua impikan,” katanya.
Pada masa
sama, Ahmad Marzuk meminta kerajaan mendedahkan sejauh mana seriusnya
diskriminasi dalam peluang pekerjaan kaum Bumiputera, khususnya Melayu
Islam, akibat tidak boleh berbahasa Mandarin.
“Saya juga
ingin cadangkan larangan dibuat supaya tiada lagi syarat kemampuan
berbahasa Mandarin dikenakan dalam pengambilan pekerja, bagi bagi
menjamin perpaduan dan kedaulatan bahasa Melayu sebagaimana jaminan
Perlembagaan serta keadilan dalam sektor pekerjaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan